JAS siasat ikan mati di Sungai Tekai
Jabatan Alam Sekitar Kedah menjalankan siasatan berhubung kejadian ikan mati di Sungai Tekai, Padang Terap, selepas menerima aduan orang awam. Siasatan awal menemukan bangkai pelbagai spesies ikan air tawar, dan sampel air sungai diambil untuk analisis. JAS turut menerima dakwaan kematian ikan berpunca daripada penggunaan tuba.
