Rakyat Gaza maut, tiga bangunan runtuh akibat hujan lebat
Seorang rakyat Palestin maut selepas tembok runtuh di kem pelarian Shati, manakala tiga bangunan roboh akibat hujan lebat dan banjir di barat Gaza. Ratusan khemah pelarian turut ditenggelami air, meningkatkan risiko keselamatan dan kesihatan.
