Rakyat Gaza rai perjanjian damai, Hamas desak jaminan pelaksanaan gencatan senjata
Penduduk Palestin di Khan Younis meraikan perjanjian damai antara Israel dan Hamas yang diumumkan selepas dua tahun perang di Gaza. Perjanjian itu melibatkan pengunduran Israel serta pertukaran tahanan, di bawah pelan damai yang dirangka Presiden AS Donald Trump. Hamas bagaimanapun mendesak jaminan agar Israel melaksanakan sepenuhnya gencatan senjata tersebut.