Rapid KL tamat migrasi, satu aplikasi untuk semua zon
Rapid Bus Sdn Bhd akan memulakan fasa terakhir penyelarasan aplikasi tempahan Rapid KL On-Demand bermula 15 November 2025, menandakan semua perkhidmatan kini berpindah sepenuhnya ke satu aplikasi tunggal, Rapid On-Demand, menggantikan penggunaan aplikasi terdahulu seperti Kummute, Mobi dan Trek Rides.
