Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Rasuah | Aduan kepada SPRM cerminan amalan di Malaysia

Rasuah | Aduan kepada SPRM cerminan amalan di Malaysia

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah juga bertitah, bilangan aduan serta rungutan yang dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta pelbagai agensi serta jabatan dan berita yang terpapar dalam media, hendaklah dijadikan cermin serta dianggap petunjuk kepada situasi rasuah yang berlaku.

Menurut Baginda, pelakuan rasuah akan tumbuh melebar, subur membesar, lalu diterima sebagai norma sebelum meresap menjadi budaya yang akhirnya memusnahkan sesebuah negara bangsa apabila tiada kesungguhan membanteras jenayah itu.