Remaja 16 tahun meninggal dunia selepas 20 hari bertarung nyawa
Remaja lelaki berusia 16 tahun, Umar Haziq Rahimi, yang terlibat dalam kemalangan tragis di Beseri, Perlis yang meragut nyawa bapanya, seorang pesara tentera, pada 7 Mac lalu, meninggal dunia semalam selepas 20 hari bertarung dengan kecederaan serius di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).