Revolusi Kesihatan | KLWC tubuh hab perubatan berkonsep pembangunan bandar
KL Wellness City (KLWC) merupakan revolusi hab perubatan dan kesihatan lestari berkonsepkan pembangunan bandar pertama di Asia Tenggara.
Pengarah Urusannya, Datuk Dr Colin Lee berkata, untuk mencapai sasaran itu, The Noble Healthcare Park akan ditubuhkan pada tahun 2025 sebagai usaha menawarkan perkhidmatan kesihatan yang lengkap dan komprehensif.