Risiko tular virus Nipah rendah di India - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan bahawa risiko penularan virus Nipah pada peringkat nasional, serantau dan global ketika ini adalah rendah, susulan tiada seorang pun daripada lebih 190 kontak rapat kepada dua individu yang dijangkiti di India didapati positif atau menunjukkan gejala penyakit itu.
