RM150 juta untuk prasarana sekolah agama, latihan kemahiran tahfiz
Kerajaan memperuntukkan RM150 juta bagi menaik taraf prasarana sekolah agama rakyat, sekolah tahfiz dan institusi pondok berdaftar, termasuk penggantian peralatan pengajian yang usang.
Sebanyak 720 pelajar tahfiz pula akan menerima latihan kemahiran profesional melalui GiatMARA, bagi membolehkan mereka memanfaatkan kemahiran tersebut selepas tamat pengajian.
#Belanjawan2026 #AWANInews