Rusuhan | Indonesia perketat keselamatan di Papua selepas 10 maut
Indonesia mengetatkan kawalan keselamatan di bandar Wamena di wilayah paling timur Papua selepas 10 orang terbunuh semasa rusuhan yang dicetuskan oleh khabar angin mengenai seorang kanak-kanak yang diculik.
Lebih 200 anggota keselamatan termasuk polis dan tentera telah dikerahkan untuk mengawal keadaan.