Kerajaan akan perketat keselamatan stesen minyak di sempadan – Fahmi Fadzil
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri dimaklumkan mengenai siri penahanan di stesen minyak sempadan, mendorong keperluan memperkukuh aspek keselamatan.
Kerajaan kini mempertimbang penempatan anggota Polis Diraja Malaysia bagi meningkatkan kawalan dan mencegah aktiviti penyelewengan.