Sabah-Sarawak | AirAsia sedia laksana penerbangan antarabangsa
AirAsia bersedia melaksanakan penerbangan langsung ke Sabah dan Sarawak dari mana-mana negara luar, sekiranya mendapat lampu hijau dari negara terbabit.
Jelas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Riad Asmat, pihaknya menaruh harapan tinggi agar kekerapan penerbangan akan segera kembali seperti sebelum COVID-19 melanda negara.