ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 30 Oktober 2026.
Cadangan kekalkan Petronas dalam MotoGP akan dibincang - Ahmad Zahid
Cadangan untuk memastikan Petronas terus menjadi penaja utama MotoGP bagi tahun-tahun akan datang, akan dibincangkan dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.
[KOLUMNIS] Jerebu Indonesia, nama Malaysia: Bolehkah tuduhan dibalas saman?
Apabila kebakaran hutan di Indonesia mencetuskan jerebu rentas sempadan, Malaysia berdepan persoalan kesihatan awam dan pertanggungjawaban korporat.
DPP bukan tiket kewarganegaraan atau kerja tetap, pelarian tetap dihantar keluar Malaysia
Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bukan laluan untuk pelarian menetap secara kekal, memperoleh status Penduduk Tetap (PR) atau mendapat kewarganegaraan Malaysia.
Peruntukan pembangkang tidak dikaitkan dengan syarat sokong kerajaan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang tidak tertakluk kepada syarat menyokong kerajaan.
PRN Melaka: MCA dapat satu lagi kerusi di Kota Laksamana
MCA mengumumkan penambahan satu lagi kerusi untuk ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, menjadikan keseluruhan empat kerusi diperuntukkan kepada komponen Barisan Nasional (BN) itu.
Deepavali: KPT benar PdP dalam talian dari 5 hingga 13 Nov
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membenarkan pelaksanaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau hibrid di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dari 5 hingga 13 Nov ini bersempena dengan sambutan Deepavali pada 8 Nov.
PRN Melaka: Tambahan dua kerusi MCA dipersetujui Pas - Ab Rauf
Barisan Nasional (BN) Melaka mengesahkan pertambahan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk ditandingi MCA pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mendapat persetujuan rakan strategik termasuk Pas.
Banjir Nepal: Waris layak dijangka terima bayaran PERKESO 4 Nov - MASFIH
Proses penyaluran bayaran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada waris individu yang terkorban dalam tragedi banjir Nepal-Tibet dijangka dipercepatkan, dengan pembayaran dirancang pada 4 Nov ini, menurut Solidariti Malaysia: Keluarga Dalam Harapan (MASFIH).
Kukuh pertahanan di Sabah bukan reaksi terhadap langkah Filipina - Mohamed Khaled
Malaysia akan terus memperkukuh keupayaan ketenteraan di Sabah untuk menjamin keselamatan negara susulan perkembangan geopolitik serantau, namun langkah ini bukan sebagai respons terhadap pengukuhan ketenteraan Filipina di Pulau Balabac.
CSA MADANI: Pintu rundingan masih 'terbuka' untuk Ahli Parlimen lain - Fahmi
Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) atau Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai di Parlimen semalam tidak terhad kepada 13 Ahli Parlimen berkenaan sahaja, sebaliknya pintu perbincangan kekal terbuka kepada mana-mana wakil rakyat lain.