Saifuddin jamin kebajikan keluarga Koperal Mohd Hafizul diberi perhatian
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan yang terkorban ketika menjalankan tugas menangkap suspek dalam satu kejadian jenayah di Alor Setar, Kedah pada Khamis.