Segerakan PRU15 boleh kembalikan kestablian politik?
Semalam, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mengulangi pendiriannya bahawa, tempoh sekarang hingga Jun ini merupakan 'masa terbaik' sekiranya diadakan Pilihan Raya Umum ke-15.
Ini berdasarkan 'faktor semangat' dalam kalangan jentera pilihan raya, selepas kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor, baru - baru ini.