[TERKINI] Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-undang negeri digantung tugas
Mesyuarat Khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada hari ini 22 September telah mengambil ketetapan secara sebulat suara untuk menggantung tugas Datuk Mohd Zafir Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan dan Datuk Muzalmah Mustapha Kamal, Penasihat Undang-Undang Negeri, Negeri Sembilan berkuat kuasa serta-merta.