Serangan balas Iran rosakkan Ramat Gan
Beberapa bangunan dan kenderaan di Ramat Gan rosak selepas Iran melancarkan peluru berpandu balistik ke arah Israel pada 13 Jun, sebagai tindak balas kepada serangan udara Israel ke atas kemudahan nuklear Natanz. Letupan turut kedengaran di Tel Aviv dan Baitulmaqdis, mencetuskan kebimbangan terhadap perluasan konflik serantau.