Serangan kami sah di sisi undang-undang antarabangsa - Iran
Duta Iran ke PBB, Amir Saeid Iravani menegaskan serangan negaranya ke atas Israel adalah tindak balas mempertahankan diri yang sah menurut Piagam PBB. Beliau turut menuding jari kepada Amerika Syarikat atas penglibatan langsung dalam konflik, manakala Israel menuduh Iran menyasarkan orang awam.