Siklon Gabrielle | Darurat diisytihar, ribuan kediaman tiada bekalan elektrik
New Zealand mengisytiharkan perintah kecemasan selepas siklon Gabrielle mula membadai beberapa kawasan di negara itu.
Selain hujan lebat berterusan, Gabrielle dengan kelajuan angin mencecah 130 kilometer sejam diramal akan menyebabkan banjir buruk berlaku.
Menurut laporan media tempatan lebih 46 ribu kediaman dilaporkan terputus bekalan elektrik.