Gangguan elektrik luar biasa landa Sepanyol dan Portugal, darurat diisytihar
Sebahagian besar Semenanjung Iberia lumpuh selepas gangguan bekalan elektrik besar-besaran pada Isnin (28 April), memaksa Sepanyol dan Portugal mengisytiharkan darurat nasional. Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez berkata lebih 35,000 penumpang tren telah dibantu sementara siasatan diteruskan untuk mengenal pasti punca gangguan yang jarang berlaku itu.