Sindiket edar ganja tumpas, dua warga tempatan ditahan
Polis menumpaskan sindiket pengedaran ganja yang bergiat aktif sejak awal tahun ini dengan penahanan dua lelaki tempatan dan merampas dadah dianggar bernilai RM68,000 dalam tiga serbuan di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT) pada Jumaat.