Sindiket Pusat Kecantikan | Lapan premis pusat kecantikan diserbu JIM, KKM
Tidak bertauliah, tidak berlesen dan guna khidmat petugas warga asing.
Itu modus operandi sindiket pusat rawatan kecantikan tanpa tauliah Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikendalikan warga asing.
Bagaimanapun, kegiatan mereka terbongkar selepas satu operasi khas dijalankan KKM bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada Isnin.