Sistem Baharu | Pelaksanaan TRIS tidak ubah polisi terhadap pelarian
Pelaksanaan Sistem Maklumat Pengesanan Pelarian (TRIS) tidak akan mengubah polisi kerajaan terhadap kedudukan pelarian di negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menegaskan, program itu bertujuan mengumpul maklumat pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNHCR) di negara ini.