Sistem DPP: 6,000 pelarian disasar tahun ini, 20,000 tahun depan - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan melaksanakan proses pendataan sendiri menerusi Sistem DPP atau Dokumen Pendaftaran Pelarian, termasuk pengumpulan maklumat peribadi, biometrik dan tapisan keselamatan terhadap pelarian di Malaysia.
Bagi fasa pertama, kerajaan menyasarkan 6,000 pelarian didaftarkan tahun ini sebelum meningkatkan sasaran kepada 20,000 orang pada tahun depan, daripada kira-kira 225,000 pelarian yang direkodkan UNHCR.