Siti Nurhaliza dilantik Profesor Adjung UiTM
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, menerima pelantikan sebagai Profesor Adjung Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai pengiktirafan terhadap pencapaiannya dalam dunia keusahawanan dan kejayaan membangunkan jenama perniagaan tersendiri.
