SSM lancar empat inisiatif baharu untuk tahun 2025
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, inisiatif itu diperkenalkan untuk memperkukuhkan ekosistem perniagaan negara,meningkatkan tahap pematuhan korporat serta mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh komuniti perniagaan, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).