SST menyebabkan perbelanjaan rakyat Sabah lebih tinggi - CAPS
Timbalan Presiden Pertubuhan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah (CAPS), Datuk A. Nagaraju berkata kenaikan cukai perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus telah menyebabkan perbelanjaan harian rakyat Sabah lebih tinggi. Jelasnya, impaknya sangat besar memandangkan masih ramai penduduk Sabah yang berada dalam kategori B40.