Skip to main content

Sukan

Manchester United pecat ketua jurulatih Michael Carrick

Carrick, bekas pemain United, kembali menyertai kelab berkenaan pada Januari dan membimbing pasukan itu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tempat ketiga. - AP
Carrick, bekas pemain United, kembali menyertai kelab berkenaan pada Januari dan membimbing pasukan itu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tempat ketiga. - AP
Advertisement

BERLIN: Manchester United memecat ketua jurulatih Michael Carrick, menurut kenyataan kelab itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Manchester United mengesahkan bahawa Michael Carrick telah meninggalkan jawatannya sebagai ketua jurulatih pasukan utama lelaki,” menurut kenyataan itu.

Carrick, bekas pemain United, kembali menyertai kelab berkenaan pada Januari dan membimbing pasukan itu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tempat ketiga.

Advertisement

Bagaimanapun, selepas permulaan musim yang mengecewakan, skuad The Red Devils kini berada dalam zon penyingkiran.

“Kelab telah membuat keputusan yang amat sukar bahawa perubahan perlu dilakukan bagi mencapai cita-cita kami,” menurut United.

Advertisement

Pengendali skuad kebangsaan Amerika Syarikat (AS) Mauricio Pochettino dilaporkan menjadi calon pengganti Carrick.

-- BERNAMA-dpa

Must Watch Video

Advertisement