Surat bayaran gratuiti RM26 juta adalah palsu – Menteri Kerja Raya
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menafikan kesahihan surat tular bertarikh 28 Julai 2025 berkenaan bayaran gratuiti RM26 juta. Beliau menegaskan surat itu palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh KKR. Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dan merujuk saluran rasmi kementerian untuk pengesahan.