Syarikat Kenya manfaat AI bantu golongan pekak
Aplikasi TERP360 yang dibangunkan oleh syarikat teknologi Signvrse di Nairobi, Kenya menggunakan avatar 3D untuk menterjemah percakapan dan teks kepada bahasa isyarat Kenya secara masa nyata, sekali gus membuka akses kepada perkhidmatan asas untuk komuniti pekak yang sering terpinggir.