Tentera Israel dilapor membunuh komander Hamas di Jenin
Tentera Israel dilaporkan membunuh seorang Komander Hamas, Wassem Hazem, di bandar Jenin pada Jumaat. Laporan menyusul selepas tentera rejim menjalankan operasi ketenteraan pada skala besar untuk hari ketiga di lokasi tersebut.