[TERKINI] Maklumat perjawatan tular, beberapa pegawai ATM disiasat
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan beberapa pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dipanggil polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyebaran maklumat sulit berkaitan urusan perjawatan strategik ketumbukan itu dalam media sosial.
