[TERKINI] Beberapa perkhidmatan CIMB masih berdepan gangguan
Perkhidmatan CIMB, termasuk transaksi, FPX, MyDebit, Kredit, dan Terminal Layan Diri, masih mengalami gangguan sementara setakat pagi Selasa.
Namun menurut kenyataan dikeluarkan di platform X, perkhidmatan CIMB OCTO & CIMB Clicks yang mengalami gangguan sejak Isnin kini tersedia manakala perkhidmatan selebihnya akan dipulihkan secara beransur-ansur.