[TERKINI] Muhyiddin sedia debat calon PM
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau bersedia untuk berdebat dengan mana-mana calon perdana menteri.
Kenyataan itu hadir selepas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan debat antara calon perdana menteri daripada tiga gabungan utama yang akan bersaing pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.