[TERKINI] RUU Lompat Parti: PM setuju Sidang Khas Parlimen pada 11 April ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju agar Sidang Khas Parlimen untuk pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti, diadakan pada 11 April ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi berkata Perdana Menteri juga tiada masalah sekiranya ia berlanjutan sehingga melebihi satu hari.