[TERKINI] Singapura sahkan Rajapaksa dibenar masuk ke republik itu
Singapura mengesahkan Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa dibenar masuk ke republik itu selepas pesawatnya dilapor mendarat di Lapangan Terbang Changi pada sekitar jam 7.22 malam Khamis.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Singapura, Rajapaksa dibenar masuk ke negara itu atas tujuan lawatan peribadi.