Skip to main content

Sukan

Hakim Danish tamatkan GP Portugal di tempat ke-16

Hakim yang memulakan perlumbaan dari petak keempat bagaimanapun terpaksa berpuas hati di luar kelompok 15 terbaik selepas mengharungi 12 pusingan di Litar Antarabangsa Algarve. - Gambar fail
Hakim yang memulakan perlumbaan dari petak keempat bagaimanapun terpaksa berpuas hati di luar kelompok 15 terbaik selepas mengharungi 12 pusingan di Litar Antarabangsa Algarve. - Gambar fail
Advertisement

KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli menamatkan saingan Moto3 Grand Prix (GP) Portugal di tempat ke-16 selepas gagal mengekalkan kedudukan dalam kelompok hadapan pada perlumbaan yang berlangsung dalam keadaan litar basah hari ini.

Hakim yang memulakan perlumbaan dari petak keempat bagaimanapun terpaksa berpuas hati di luar kelompok 15 terbaik selepas mengharungi 12 pusingan di Litar Antarabangsa Algarve.

Pelumba pasukan MT Helmets-MSi itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 32.163 saat di belakang pemenang dari Sepanyol Maximo Quiles yang muncul juara.

Advertisement

Quiles yang menunggang jentera bernombor 28 menamatkan perlumbaan di tempat pertama, diikuti pelumba Finland Rico Salmela di tempat kedua dengan jurang 0.457 saat manakala seorang lagi pelumba Sepanyol Adrian Fernandez di tempat ketiga, 0.666 saat di belakang pemenang.

Perlumbaan yang pada asalnya dijadualkan berlangsung selama 19 pusingan itu terpaksa dipendekkan kepada 12 pusingan selepas diisytiharkan sebagai perlumbaan basah berikutan keadaan litar.

Advertisement

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement