[TERKINI] Tuaran diklasifikasikan zon merah
Daerah Tuaran kini memasuki kategori zon merah Covid-19 akibat peningkatan mendadak kes positif sepanjang minggu lalu. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam dalam satu kenyataan media berkata, daerah itu mencatatkan 26 kes baharu sepanjang minggu lalu, berbanding 18 kes pada minggu sebelumnya.