Tiada apa lagi yang tinggal untuk penduduk Gaza
Susulan gencatan senjata yang mula berkuat kuasa, penduduk Gaza telah mula kembali ke kawasan kediaman masing-masing pada Jumaat (10 Oktober).
Namun, kesan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis menjadikan sebahagian besar kawasan itu musnah teruk, menyebabkan mereka hanya mampu mencari sisa-sisa yang masih tinggal di sebalik timbunan runtuhan.