Skip to main content
Advertisement
Malaysia tidak berganjak sokong perjuangan Palestin - Mohamad Hasan

Malaysia tidak berganjak sokong perjuangan Palestin - Mohamad Hasan

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan pendirian Malaysia untuk terus menyokong perjuangan rakyat Palestin dan mengecam sebarang tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa.

Beliau berkata sokongan antarabangsa terhadap penubuhan negara Palestin semakin meluas, dengan 160 negara menyokong usaha berkenaan, selain kejayaan ASEAN mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk keganasan di Palestin semasa Malaysia mempengerusikan pertubuhan itu tahun lalu.