Tiada cadangan rasmi dipersetujui mengenai 'de-dollarisation' - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu Parlimen setakat ini tiada cadangan rasmi yang dipersetujui oleh negara anggota BRICS bagi tujuan 'de-dollarisation'.
Jelasnya, berdasarkan statistik pada 2023, AS merupakan rakan dagang ke-3 terbesar Malaysia dan Malaysia merupakan rakan dagang ke-19 terbesar AS.