Tiada manifesto pelbagai janji - Ahmad Jazlan
Barisan Nasional (BN) tidak akan melancarkan manifesto dengan pelbagai janji bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, sebaliknya hanya akan memberikan satu tawaran iaitu komitmen wakil rakyat bagi mendengar dan menyelesaikan masalah penduduk.