Tragedi Kg Forest | Nasib mangsa dibela, terus terima bantuan
Malam 24 Disember 2022, fenomena air pasang besar mengakibatkan 110 buah rumah di Kampung Forest rosak teruk akibat dipukul ombak.
Kebanyakannya ranap menyembah bumi.
Selepas lebih dua minggu mangsa-mangsa rumah roboh terus mendapat pembelaan daripada pelbagai pihak.