Skip to main content

Malaysia

Suami isteri maut, anak parah, nahas MPV dan bas persiaran di JRTB

Sepasang suami isteri maut manakala seorang anak mereka parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas persiaran di Jalan Raya Timur Barat (JRTB). - Foto JBPM Perak
Sepasang suami isteri maut manakala seorang anak mereka parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas persiaran di Jalan Raya Timur Barat (JRTB). - Foto JBPM Perak
Advertisement

GERIK: Sepasang suami isteri maut manakala seorang anak mereka parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas persiaran di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), selepas kawasan rehat dan rawat (RNR) Banjaran Titiwangsa menghala ke Gerik, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 999 mengenai kemalangan itu.

Menurutnya, setibanya jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik dan Jeli di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran dan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Advertisement

“Terdapat dua orang mangsa, masing-masing dua lelaki dan seorang wanita tersepit di dalam MPV,” katanya dalam kenyataan di sini. 

Beliau berkata, mangsa lelaki berusia 64 tahun didapati tidak sedarkan di bahagian pemandu, manakala mangsa wanita 58 tahun tidak sedarkan diri di bahagian penumpang hadapan dan mangsa lelaki berumur 28 tahun mengalami kecederaan parah di  bahagian penumpang belakang. 

Advertisement

Menurutnya, pemandu bas persiaran bersama dua pembantu dan 30 orang penumpang terselamat dan tidak mengalami kecederaan.

Sabarodzi berkata, ketua operasi melakukan size up dan mengaplikasikan konsep SAVER dengan melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat sehingga mangsa berjaya dikeluarkan. 

Menurutnya, pemandu MPV dan penumpang hadapan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. 

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dihantar ke hospital Gerik dengan menggunakan jentera EMRS. 

Operasi yang melibatkan 18 anggota bomba tamat sepenuhnya jam 3.30 petang. 
 

Must Watch Video

Advertisement