Turkiye adakan pusingan kedua Pilihan Raya Presiden 28 Mei
Pengerusi Suruhanjaya Tinggi Pilihan Raya (YSK) Turki telah mengesahkan pusingan kedua Pilihan Raya Presiden pada 28 Mei selepas tiada calon mencapai kemenangan mutlak melebihi 50%. Presiden Erdogan hanya memperoleh 49.51 peratus undi, manakala pesaingnya, Kemal Kilicdaroglu, mendapat 44.88 peratus.
