Venezuela tidak perlu takut kerjasama tenaga dengan AS – Delcy Rodriguez
Presiden sementara Venezuela Delcy Rodriguez berkata negaranya tidak perlu takut untuk menjalin kerjasama tenaga dengan Amerika Syarikat dan negara lain ketika berusaha meningkatkan pengeluaran minyak dan gas. Beliau turut menyokong reformasi undang-undang hidrokarbon yang membolehkan syarikat asing dan tempatan mengendalikan medan minyak serta menarik pelaburan besar ke Venezuela.
