Video Tular | UiTM ambil tindakan kes pensyarah tular marah pelajar
Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mengambil tindakan susulan video tular membabitkan seorang pensyarah yang mengeluarkan kenyataan sensitif terhadap seorang pelajar sewaktu sesi pengajian.
Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata, video tular berkenaan bukan insiden baru sebaliknya berlaku pada semester sebelum ini.