Waspada tiga tanda awal tanah runtuh
Sebelum berlakunya tanah runtuh yang melibatkan aliran air dalam tanah, terdapat beberapa tanda awal yang boleh diawasi.
Pengarah Program Slopewatch, Eriko Motoyama berkata, orang awam perlu berhati-hati sekiranya melihat terdapat aliran air keluar terus dari tanah, takungan air di kaki bukit atau terdapat rekahan pada bangunan berdekatan bukit.