Wawancara Khas | Ahli politik tak boleh ‘berhati tisu’ – Tun Dr Mahathir
Sekiranya ada dalam kalangan kita yang berminat untuk menjadi ahli politik, namun, mempunyai hati yang selembut tisu, barangkali, anda patut lupakan niat dan hasrat itu.
Bergelar ahli politik menuntut seseorang itu memiliki hati yang waja dan bersedia untuk menjadi mangsa kritikan, cercaan, adu domba mahupun dibenci oleh rakyat.
