Love Scam | Wanita warga emas kerugian RM3.9 juta ditipu 'Oppa'
Terpedaya dengan janji manis seorang lelaki yang kononnya mahu menjaga di hari tua, seorang wanita warga emas di Pulau Pinang kerugian RM3.9 juta selepas menjadi mangsa sindiket Love Scam.
Mangsa berusia 63 tahun itu berkenalan dengan lelaki tersebut di Instagram sejak empat bulan lepas.